Pengikut

Ahad, 25 Januari 2015

perihal merotan

as salam

lama tak menulis...
hati terdetik bila hal merotan menjadi bualan.. 
dulu, cikgu xleh rotan anak murid. skrg, ibu bapa pun xleh merotan anak2 dah.. 


yang kt bawah ni, di share oleh ustaz kt sekolah. alhamdulillah.semoga bertambah ilmu tentang nya.. amin.

Dari Ibnu Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda, 
“Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah”
[Silsilah Shahihah no 1446].

Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah kerana itu bermanfaat untuk mendidik mereka”
[Silsilah Shahihah no 1447]

Imam Al Munawi Rahimahullah dalam Faidhul Qadir Syarh Jami Shaghir mengatakan, “Menggantungkan cambuk tersebut berfungsi agar para penghuni tidak berani melakukan hal-hal yang terlarang dalam agama kerana khawatir mendapatkan hukuman dengan rotan”.

Imam Ibnul Anbari Rahimahullah pula mengatakan, “Maksud pokok dari menggantungkan rotan di rumah bukanlah untuk dipukulkan kerana Nabi tidak memerintahkan untuk melakukan hal tersebut kepada siapapun. Namun maksud Nabi s.aw janganlah anda, para suami, berlepas tangan untuk mendidik anak-anak”

Imam Al Munawi Rahimahullah juga mengatakan, “Maksud hadith, keberadaan rotan itu akan mendorong anak-anak untuk bersikap sopan dan berakhlak dengan akhlak mulia dan pekerti yang utama, hal yang banyak jiwa bersabar untuk menanggung kesulitan agar boleh memilikinya adalah di dalamnya terdapat kemuliaan dan suatu yang membanggakan”.

Islam adalah agama yang mementingkan kasih sayang. Daripada segi merotan anak, dalil dalam sebuah hadis Nabi SAW: Ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).

Ibnu Qudamah berpendapat hukum sebatan terhadap kanak-kanak merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih kanak-kanak melakukan sesuatu kewajipan seperti solat. Para juri bersepakat yang kanak-kanak boleh dikenakan sebatan yang ringan untuk tujuan pendidikan dan wajib bagi bapa atau datuk melaksanakannya. Hanya kanak-kanak yang berusia lebih 10 tahun boleh dikenakan hukuman sebatan ringan.

Namun, terdapat hadis yang menunjukan bahawa Nabi SAW tidak suka kepada orang yang menghukum kanak-kanak secara fizikal.

Dalam sebuah hadis Abu Masâud mengatakan: Aku telah memukul seorang hamba kanak-kanak lelaki dengan rotan dan aku mendengar suatu suara di belakangku. Ketahuilah wahai Abu Masâud. Tetapi aku tidak tahu bahawa suara itu bernada kemarahan. Ketika suara itu menghampiri, dia adalah Rasulullah. Maka, baginda pun bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud. Aku pun menjatuhkan rotan daripada tanganku dan Rasulullah bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud, bahawa Allah telah menetapkan ke atas kamu tanggungjawab berhadap hamba lelaki ini. Maka, aku berkata, Aku tidak akan memukul hamba lagi selepas itu selamanya. (Sahih Muslim)

Hadis Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda: Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat dilihat oleh ahli keluarga, sesungguhnya itu boleh mendidik mereka.

Al-Manawi, ketika membincangkan maksud hadis ini berkata: Rotan tersebut adalah pendorong kepada seseorang untuk beradab dan berakhlak dengan akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang kebanyakan jiwa yang keras menanggung kesusahan yang berat untuk melaksanakannya.

Pandangan al-Manawi ini membuktikan bahawa rotan secara simbolik, tanpa perlu digunakan boleh memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang, terutamanya kanak-kanak. Jika dilihat daripada pandangan di atas, ibu bapa mempunyai kewajipan mendidik dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum dididik dengan perkara ilmiah yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan