Pengikut

Isnin, 3 November 2014

perlu ke puasa 10 muharam?

Sejarah Puasa Assyura


morning gang! 
salam 10 muharam.. yg kt bawah ni saya petik kt website JAKIM.. x berani nak petik sebarangan pasal agama agung ni ha.
lagipn, takat belajar sampai form 5, bukan ber erti aku bleh bg pendapat bagai orang alim. kekadang aku rasa macam bengang sebab ada yg senang2 je nak kuar pendapat, bg fatwa bagai. padahal takat belajar pendidikan islam aje. tu pun ntah dapat A ke x masa SPM dulu. 
memang betul, kita wajib menambah ilmu.. tak kisah la formal atau tidak. yet, I dont think it's appropriate to say such so loud and bold. well, mulut mmg xde penutup. maka it will always go on and on and on.. 
tambah2 plak akhir zaman ni ha.. byk plak yg nak jadi alim ulamak.. 
yg terbaik nya, aku rasa moh la kita pakat baca surah al kahfi byk2,.. bagi mengelakkan segala tohmahan dan fitnah akhir zaman

ok. kt bwh ni sejarah PUASA hari ASSYURA 

Hadith: 
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
Huraian Hadith: 
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


http://www.islam.gov.my/e-hadith/sejarah-puasa-assyura
insyaAllah mari kita sama2 beramal utk kebaikan. sebarkan kebaikan. semoga yg baik baik aja utk korang and ur family.. yg pastinya, supplement terbaik?
SHAKLEE la... ^_^
ida
0133982545 

1 ulasan: