Pengikut

Khamis, 13 Mac 2014

dont give up MH370

assalam

obviously MH370 incident is a heart throbbing.. 
one of my collegue send me this.. 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Moga di rahmati Allah swt hendaknya kita semua. Dalam pada kita dok berdepan dgn berbagai musibah - kapalterbang hilang, kepanasan, masaalah air, masalah murtad dan pelbagai masalah personal - jom sama2 memotivasi diri dgn beberapa kata kata hikmat : 

"Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci."

"Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan."

"Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian"

"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"

"Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya"

"Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya."

"Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya"

"Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan"

"Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta"

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya"( hamka)

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu"

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

"Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit"

"Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati"(Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

"Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah." (Surah Al-Baqarah:214)

semoga ada manafaat

wassalam.

moral value: no give up in anything that you do.. just keep trying.. 

peace 
and take care peeps 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan