Pengikut

Rabu, 8 Januari 2014

Tips banyakkan susu badan

Morning,

Alhamdulillah, anakanda #ihsanumar bakal menginjak 22 bulan 13 Januari ni dan yang paling menggembirakan hati; aku masih lagi mampu memberi dia susu badan...

ingat lagi masa awal-awal penglibatan aku dalam dunia breastfeeding or bf ni.. hihi

ade yang cakap; 
* anak tak nak minum direct bile dah dapat botol, bila dah dapat puting
* anak tak nak minum susu badan sebab susu botol lagi laju flow nye, lagi banyak
* kenyang ke minum susu badan? cam cair je... 

macam-macam lagi lah.

sekarang? I am fighting and keep holding on for another 2 months.. sampai bulan 3 ni je. 
Biar anakanda dapat menyusu sampai 2 tahun... amin.

maka nya, jom try tips below; 



9 TIPS BANYAKKAN AIR SUSU..

Menghasilkan susu yang banyak adalah ‘syurga’ bagi ibu menyusu. Tapi awas, jangan terlalu terpengaruh dengan doktrin SUSU BANYAK, sebaliknya yang lebih utama ialah SUSU CUKUP.

Susu badan yang mencukupi secara amnya yang dapat menampung keperluan bayi, dan mungkin sedikit-sebanyak untuk kegunaan semasa kecemasan. Misalnya jika bayi mengalami nursing strike, ibu mengalami kemeruduman susu semasa period, outstation, berjauhan dan sebagainya.
Di sini saya nak kongsikan 9 Tips dan Teknik Membanyakkan Susu Badan utk panduan kita bersama.

1. Kosongkan payudara dengan kerap, melalui pam dan hisapan bayi. KERAP bermakna frequent… Hehe.. 2-3 jam sekali, terutama untuk ibu2 yang exclusive pumper.
2. Makan ikut keperluan BADAN, bukan keperluan SELERA atau keperluan PERUT. Ibu menyusu badan memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang biasa, malah lebih tinggi dari ibu hamil. Jadi ibu menyusu haruslah mengambil makanan yang tinggi kalori, tinggi protin, tinggi vitamin, tinggi serat, tinggi kalsium dan semestinya plenty of water! Water bermaksud air kosong, bukan campur2 air sirap, oren, kopi, susu, etc. Seorang ibu menyusu perlu minum 3.8 LITER air sehari.

3. Mengurut breast. Sebelum mula mengepam, buat sedikit urutan pada breast, perlahan saja jangan kuat2, untuk menggalakkan pengaliran darah dan melancarkan urat2 susu.
4. Rehat yang cukup. Ya, kadang2 ini macam nasihat yang tak logik je, lagi2 bagi ibu2 yang kerja, ada side income dan tak adamaid. Rehat yang mencukupi, bukan saja rehat tubuh, tapi rehat minda. Minda yang tertekan boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan. Gunakan teknik HYPNOBREASTFEEDING.

5. Sokongan… Lumrah bila ibu/mentua/makcik/pengasuh tak menyokong penyusuan susu ibu.. Bila susu dah drop mereka cadang “Bagi susu tin saja la” Jadi carilah sokongan di kalangan ibu2 yang menyusukan anak. Sekarang mudah sangat nak ber-komuniti ni.. secara online saja 

6. Buat power pumping. Ramai yang dah cuba power pumping ni, memang berkesan, insya-Allah.
7. Galactogogue… digunakan secara berzaman untuk membantu ibu menyusu.. namun harus kenal ya.. adalah ia dari jenis farmaseutikal, nutraseutikal atau herba… pastikan yang asli sahaja! 

8. Pam & kaedah marmet. Marmet adalah kaedah mengosongkan breast dengan menggunakan tangan. Jadi, kombinasikan kedua-dua ni.. Selepas pam, buat marmet untuk kosongnya. Kombinasi pam & marmet didapati boleh meningkatkan penghasilan susu!



9. Doa.. inilah senjata Muslim. Di sebalik semua usaha kita, jangan lupa yang memberi rezeki adalah Dia. Jadi banyak2 berdoa agar usaha kita diberkati dan dikira sebagai ibadah. Insya-Allah.

Menyusukan anak, niatkan sebagai ibadah untuk memenuhi tuntutan yang disebut dalam al-Quran, insya-Allah kita akan dapat seperti yang kita niatkan. Kalau menyusu untuk glamour, dapatlah glamour 

Marilah kita membudayakan penyusuan susu ibu, dan sampaikan ilmu yang tepat tentang penyusuan susu ibu ^__^

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
CREDIT: NUR ZAHIRAH HAFIZAN




all the best and good luck kawan-kawan! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan